Tuesday, 28 June 2011

AFRAH suatu kenangan

Jika di sebut namamu, terlalu kelu untuk lidah ini berbicara. Hanya kamu yang membawa seribu kenangan dalam proses kami mengenal terajang maung dunia pada hari..Kenangan yang kau dambarkan kepada kami sukar digambarkan dengan kata-kata.

 Sebut saja nama mu, semua kenal. dari bertatih hingga merangkak, dari berjalan hingga berlari, dari bujang hingga berkahwin, namamu tidak lengkang di bibir. Keranamu kami kenal erti kawan, keranamu kami kenal erti musuh. hanya disisimu kamu ketawa sampai 3 4 pagi, hanya padamu kami menangis tersedu-sedu. hanya padamu kami panas line. hanya untukmu kami bertambah berani.


Keranamu kami bertemu, keranamu kami berpisah, keranamu kami bergurau, keranamu kami gosok paha..eh2..panas line pulok..kami membesar bersamamu tidak kira siang dan malam walaupun saban hari kau semakin mahal..kerana kau ada wifi..eh eh eh.


 Ibarat di cincang air tidak akan putus, walau sudah berpunya kau tetap tempat kami bertemu. bertemu kasih. kau tetap tempat kami berkongsi cerita...eh eh eh.


hanya pada nama kau AFRAH kami bertaut ibarat membelah kiambang kembali bertauk..walau ditinggal tetap ingin kembali padamu.
kerana kau adalah AFRAH......

3 comments: