Tuesday, 28 June 2011

AFRAH suatu kenangan

Jika di sebut namamu, terlalu kelu untuk lidah ini berbicara. Hanya kamu yang membawa seribu kenangan dalam proses kami mengenal terajang maung dunia pada hari..Kenangan yang kau dambarkan kepada kami sukar digambarkan dengan kata-kata.

 Sebut saja nama mu, semua kenal. dari bertatih hingga merangkak, dari berjalan hingga berlari, dari bujang hingga berkahwin, namamu tidak lengkang di bibir. Keranamu kami kenal erti kawan, keranamu kami kenal erti musuh. hanya disisimu kamu ketawa sampai 3 4 pagi, hanya padamu kami menangis tersedu-sedu. hanya padamu kami panas line. hanya untukmu kami bertambah berani.


Keranamu kami bertemu, keranamu kami berpisah, keranamu kami bergurau, keranamu kami gosok paha..eh2..panas line pulok..kami membesar bersamamu tidak kira siang dan malam walaupun saban hari kau semakin mahal..kerana kau ada wifi..eh eh eh.


 Ibarat di cincang air tidak akan putus, walau sudah berpunya kau tetap tempat kami bertemu. bertemu kasih. kau tetap tempat kami berkongsi cerita...eh eh eh.


hanya pada nama kau AFRAH kami bertaut ibarat membelah kiambang kembali bertauk..walau ditinggal tetap ingin kembali padamu.
kerana kau adalah AFRAH......

salam pengenalan

Semasa kecil, bayi kecil ini menangis, ibu akan dodoikan dan bagi susu. bila bayi kecil ini menangis, ibu suapkan makanan..25 tahun berlalu...cerita yang sama cuma dipisahkan oleh skrip yang berbeza...mencari erti perjuangan.mencari erti kekalahan. Namun hidup tidak semudah drama tv.


  alangkah jika kehidupan ini sebaik drama tv yang mana perbuatan, salah laku boleh di ulang laku sehingga tiada cacat cela..alangkah indahnya dunia jika topeng-topeng dunia hanya satu warna, darah yang tak berwarna..tetapi hakikat bukanlah realiti mimpi yang boleh di atur mengikut khayalan mimpi...inilah kehidupan yang harus di pikul sebagai manusia..hari-hari menuju jalan Allah..jalan ke dunia yang satu lg..(bersambung)

gajet terkini

Samsung Exhibit 4G Spesifikasi, Fitur, Harga dan Gambarnya

Samsung Exhibit 4G Spesifikasi, Fitur, Harga dan Gambarnya

Samsung Exhibit 4G Spesifikasi, Fitur, Harga dan Gambarnya. Samsung Exhibit 4G adalah salah satu ponsel  Android terbaru produksi Samusng   yang diluncurkan melalui T-Mobile di USA. Samsung Exhibit 4G bisa beroperasi pada jaringan 3G Dual Band dan jaringan GSM Quad Band. Samsung Exhibit 4G berdiri di atas   Android 2.3 Gingerbread operating system dan ditenagai [...]

pengertian Nikah dalam islam

     kedatangan bulan june (cuti sekolah) maka begitu banyak undangan perkahwinan daripada sahabat. Dalam kita mengejar kenduri kendara elok rasanya kita singkap kembali maksud nikah menurut islam agar perkahwinan kita itu diberkati Allah dan semoga berbahagia ke akhir hayat.


1. Pengertian Nikah

Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Kata sesetengah orang arab: “ Pokok-pokok itu bernikah”, Ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat di antara satu sama lain.
Dari segi syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ ( bersetubuh/ berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Ia dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya di antara satu sama lain.

Orang arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad, juga dengan makna persetubuhan serta berseronok-seronok. Walaupun begitu, makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya (majaz) ialah persetubuhan.


Kalimah 'apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman' dalam ayat di atas bermaksud kamu mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan yang beriman. Ini berpandukan firman Allah selepas ayat itu yang bermaksud: ' kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya'. Maksud menyentuhnya ialah menyetubuhinya.


( Rujukan : Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji.2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie;Undang-undang kekeluargaan. Pustaka Salam, Kuala Lumpur. )